Ahad, 14 April 2013

Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Dalam Bidang Pelancongan


Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Dalam Bidang Pelancongan

Malaysia sering dikunjungi oleh pelancong dari luar negara.Hal ini kerana Malaysia amat terkenal dengan warisan budaya. Malaysia pernah dijajah oleh beberapa kuasa luar, misalnya British dan Belanda. Jajahan kuasa-kuasa asing ini menyebabkan budaya di Malaysia lebih unik. Tempat-tempat dan bangunan tinggalan sejarah banyak menyumbang  kepada sektor pelancongan di negara kita, Malaysia. Antara destinasi yang terkenal di Malaysia ialah Melaka, Pulau Pinang, Tanah tinggi Genting dan Tanah Tinggi Cameron.

  • MELAKA
          Negeri Melaka jugan dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah. Pada Tahun 2008, Melaka diisytiharkan loeh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia.Melaka terletak di panati barat daya Semenanjung Malaysia, serta bertentangan dengan Sumatera. Tempat-tempat menarik di Melaka:
   

Cheng Hoon Teng's Temple
Kuil Cheng Hoon Teng ialah kuil yang berdiri di tengah-tengah daerah Bukit China, kawasan ruko Cina tertua di Malaka. Kawasan ini merupakan tempat berlabuhnya armada China pertama yang membawa misi perdagangan serta eksodus masyarakat China dari daerah Fujian dan Guangdong ke Semenanjung Malaya.Bentukan luar bangunan merupakan terjemahan dari negeri kayangan yang diperlihatkan dengan banyaknya elemen negeri kayangan.


 
babanyonyamuseum
Muzium Warisan Baba dan Nyonya ini terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock atau lebih dikenali sebagai Millionaire’s Row.
Reka bentuk rumah lama ini menunjukkan gabungan budaya timur dan barat. Ia dibina pada tahun 1896 dan mempunyai laman dalam terbuka di tengah-tengah rumah tersebut. Perabotnya dibuat daripada rosewood mengikut reka bentuk Cina, British dan Belanda. Rumah ini memaparkan cara kehidupan masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka pada penghujung abad ke-19.
 


Dibina pada tahun 1459 oleh pengikut-pengikut Puteri Hang Li Poh yang telah berkahwin dengan Sultan Melaka. Perigi ini dikatakan tidak pernah kering dan menjadi satu-satunya sumber air sewaktu musim kemarau. Orang-orang Belanda mengepung perigi ini dengan tembok batu yang kukuh pada tahun 1677 untuk mengekalkannya sebagai "perigi hajat," dipercayai sesiapa yang membuang duit syiling ke dalam perigi ini,          mereka akan kembali semula ke Melaka.


  • Pulau Pinang
Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka. Negeri ini merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia. Pulau Pinang pada asalnya kepunyaan Kesultanan Kedah, diserah hak kepada Syarikat Hindia-Timur British oleh Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Kedah, sebagai gantian untuk mendapat perlindungan pihak British daripada serangan Siam dan Burma. Kapten Francis Light-pengasas Pulau Pinang dan manamakan pulau sebagai Pulau Prince of Wales.












Jalan Macalister latar belakangkan bangunan Komtar dan Menara UMNO.







Sistem Pengangkutan Udara

KLIA
Malaysia mempunyai jumlah 58 buah lapangan terbang, 36 di Timur Malaysia dan 22 di Peninsular Malaysia. Selain itu, Malaysia juga mempunyai 8 buah lapangan terbang antarabangsa. Antara lapangan terbang antarabangsa yang ternama ialah KLIA (Kuala Lumpur International Airport/Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur). KLIA merupakan salah satu hab penerbangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara. Ia terletak di daerah Sepang, Selangor dan hampir 50 kilometer jaraknya dari ibu negara, Kuala Lumpur. Lapangan terbang ini boleh menampung sebanyak 35 juta penumpang setahun dan 1.2 juta tan metrik kargo dalam fasa pembinaannya sekarang. Lapangan terbang ini telah menduduki tempat yang ke-13 di dunia dari segi bilangan penumpang asing di mana sebanyak 24,129,748 penumpang telah menggunakan lapangan terbang ini pada tahun 2006. Pada tahun yang sama, lapangan terbang ini juga telah mengendalikan 677,446 tan metrik kargo untuk menduduki tempat ke-30 di dunia dari segi pengendalian kargo. 


Slogan lapangan terbang ini ialah "Membawa Dunia Ke Malaysia Dan Malaysia Ke Dunia" (Bringing the World to Malaysia and Malaysia to the World). Lapangan terbang ini berkonsepkan "lapangan terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang". Keadaan ini dapat memberi ketenangan kepada penumpang dan memperkenalkan suasana hutan Malaysia kepada pelancong luar negara.KLIA mempunyai satu Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) yang mula beroperasi pada 26 Mac 2006 bagi menampung penumpang yang menaiki AirAsia dan juga penerbangan tambang rendah yang lain.
Sejak perasmian KLIA pada 27 Jun 1998, lapangan terbang ini telah mendapat pelbagai anugerah daripada organisasi-organisasi antarabangsa di seluruh dunia seperti Skytrax dan International Air Transport Association (IATA).
Komitmen yang diberikan KLIA dalam mempromosikan tanggungjawab menjaga alam sekitar kepada para penumpangnya menerima pengiktirafan oleh Green Globe. KLIA juga merupakan satu-satunya lapangan terbang di dunia yang menerima sijil Green Globe 21 pada tahun 2004 dan seterusnya. Dengan usaha yang berterusan untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada penggunanya, lapangan terbang ini telah diiktiraf sebagai antara lima lapangan terbang terbaik di dunia.
Selain itu, KLIA juga merupakan lapangan terbang yang pertama sekali di dunia untuk dianugerahkan sijil Airport Service Quality (ASQ) Assured daripada Airports Council International (ACI).
Kesemua ini membuktikan rakyat Malaysia berkebolehan untuk menghasilkan lapangan terbang antarabangsa yang duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju lain.

Syarikat-syarikat Penerbangan Malaysia 

Malaysia Airlines (Penerbangan Malaysia) merupakan syarikat penerbangan Malaysia yang mempunyai lebih 100 destinasi di seluruh dunia. Syarikat ini juga menjalankan operasi penerbangan domestik dan charterSyarikat ini merupakan salah satu daripada 6 syarikat penerbangan lain di seluruh dunia yang mendapat pengiktirafan 5 bintang oleh Skytrax. Penerbangan Malaysia telah diberi kredit oleh IATA melalui IATA Operational Audit kerana perlaksanaan keselamatan operasinya. Tengku Azmil Zahruddin merupakan Pengarah Urusan dan CEO Malaysia Airlines. Slogan syarikatnya ialah 'Going Beyond Expectations, "MH" is more than just an airline code; is Malaysian Hospitality;'. Bukan itu sahaja, Penerbangan Malaysia juga mempunyai subsidiari seperti Firefly, MASwings dan MASkargo. Secara tuntasnya, Penerbangan Malaysia merupakan syarikat penerbangan yang unggul dan terkenal di pentas dunia.











AirAsia ialah syarikat penerbangan nasional kedua Malaysia. Berpangkalan di Malaysia, AirAsia ialah syarikat penerbangan tambang murah pertama di  Asia. Syarikat ini ditubuhkan oleh DRB-HICOM, sebuah konglomerat kerajaan Malaysia. Disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi, ia dijual kepada Tune Air yang dipengerusikan oleh Tony Fernandes dengan harga RM 1 sahaja. Penyusunan semula organisasi AirAsia dengan imej dan konsep tambang murah telah membawa kepada perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. AirAsia juga berjaya merevolusikan industri penerbangan serantau. Tony Fernandes merupakan CEO syarikat penerbangan AirAsia. Slogan syarikatnya ialah 'Kini Sesiapa Boleh Terbang'. Kejayaan yang diperoleh oleh AirAsia terbukti kemampuan dan kebolehan rakyat Malaysia dalam bidang entrepreneur.

Konklusinya, sistem pengangkutan di Malaysia kini sedang berkembang dengan pesat dan sedang menuju ke arah bertaraf dunia menjelang tahun 2020. Kementerian Pengangkutan komited untuk mentransformasi sistem pengangkutan awam kepada bertaraf dunia terutama di Lembah Klang di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada April 2009.

Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang Pengangkutan




Bas RapidKL















Pengangkutan Bas di Malaysia - Lazimnya, terdapat pelbagai syarikat bas di Malaysia. Sebagai contoh, RapidKL, Metrobus, Len Seng, Transnasional dan sebagainya. Antara syarikat bas yang terbesar dan terkemuka ialah RapidKL yang mengendalikan 179 perjalanan bas di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur. Pada tahun 2005, RapidKL membawa kira-kira 190000 penumpang sehari. Secara tuntasnya, perkhidmatan bas di Malaysia menawarkan jalan pengangkutan yang mudah didapati dan murah dengan harga yang berpatutan.

Pengangkutan Teksi di Malaysia - Pengangkutan teksi merupakan salah satu komponen yang penting dalam sistem pengangkutan Malaysia. Secara umumnya, teksi-teksi yang terdapat di negara Malaysia terdiri daripada kereta-kereta yang bermodel Proton Saga BLM 1.6, Proton Iswara,  Proton Wira, Proton Waja dan Naza Citras, dan berwarna merah dan putih. Teksi-teksi di Malaysia mengenakan bayaran ke atas penumpangnya dengan   menggunakan meter. Kadarnya bermula daripada RM3.00 dan meningkat RM0.10 setiap 150 meter. Teksi Malaysia boleh didapati dengan mudah dan mereka memainkan peranan yang tidak boleh digantikan dalam sistem pengangkutan Malaysia.
LRT - Light Rail Transit
















 Pengangkutan Kereta api di Malaysia - Secara keseluruhannya, pengangkutan kereta api yang didapati di Malaysia boleh terdiri daripada LRT (Light Rail Transit) yang boleh dibahagi kepada Kelana Jaya Line dan Ampang Line, KL Monorail, KLIA Express, KLIA Transit, dan KTM (Keretapi Tanah Melayu). KTM mempunyai rangkaian terbesar yang menyeluruh di Peninsular Malaysia yang mempunyai panjang laluan keretapi 1699 km, manakala perkhidmatan keretapi yang lain tertumpu di Bandaraya Kuala Lumpur sahaja.
Kesemua pengangkutan keretapi tersebut menawarkan perkhidmatan yang murah dan selesa.


Kecemerlangan Kebudayaan Malaysia


Kecemerlangan Kebudayaan Malaysia


Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah MelayuCina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada populasi Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung. Kebanyakan kaum Cina beragama BuddhaTaoisme atau Kristian, berbahasa MandarinHokkienHakkaKantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya beragama Hindu, bertutur TamilMalayalam, dan Hindi. Selain itu, terdapat juga kaum SikhSerani atau Eurasian dan kaum bumiputera lain. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris digunakan secara meluas.
Kaum Bumiputera yang terbesar di Sarawak ialah Iban dengan 600,000 orang. Mereka tinggal di rumah panjang, dan menetap di sepanjang Sungai Rajang dan Sungai Lupar. Orang Bidayuh pula seramai 170,000 oarng tinggal di barat daya Sarawak. Orang Asli (140,000) tinggal di Semenanjung Malaysia. Dahulunya mereka merupakan pengumpul hasil hutan, hidup berpindah-randah, dan bercucuk tanam, tetapi kini sudah diserap ke dalam kehidupan moden Malaysia. Walaubagaimanapun, mereka kekal sebagai kumpulan etnik yang mempunyai pendapatan terendah berbanding kumpulan etnik yang lain. Kemungkinannya ini disebabkan sistem ekonomi mereka yang tidak bergantung kepada wang tunai, contohnya makanan dan rumah sebahagiannya dihasilkan dari keluaran hutan tanpa perlu dibeli. Bagaimanapun pihak kerajaan menawarkan peluang pelajaranyang samarata dan ada di antara mereka kini menjawat jawatan profesional seperti doktor.
Muzik Malaysia merangkumi muzik tradisional dan kontemporari yang dimainkan oleh rakyat Malaysia. Muzik tradisional banyak dipengaruhi oleh budaya Cina, Islam, India dan Indonesia. Kebanyakan alat muzik terdiri daripada gendang,serulinggong dan sebagainya. Negara ini mempunyai tradisi yang kuat dalam tarian, sesetengahnya berasal daripada ThaiIndia, dan Portugis. Selain itu, ada juga wayang kulitsilat, dan barangan kraf seperti batik, sulaman, dan barangan perak dan tembaga.
Seperti rakyatnya, makanan di Malaysia adalah pelbagai, dari makanan berat seperti nasi lemak hinggalah yang ringan seperti kuih.

Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang pelancongan


Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang pelancongan

Menghirup udara segar,berjalan di persisiran pantai sambil melihat keindahan alam dan menanti lewat petang menjelma untuk menyaksikan matahari terbenam.Semua ini dapat anda nikmati di Malaysia.Sektor pelancongan di negara ini telah diiktiraf sebagai pusat industri yang terbaik di Asia Tenggara.Walaupun ada yang menyatakan rasa kebimbangan tentang penurunan pendapatan mereka dalam ssektor ini sehigga 30-40% pada tahun ini jika dibandingkan dengan tahun lepas,ini masih boleh dibanggakan dengan kedudukan Malaysia dalam 'Top 5' di Asia Tenggara.

Kempen-kempen perlancongan domestik untuk meneruskan kecemerlangan Malaysia dalam bidang ini adalah seperti kempen 'zoom!Malaysia' yang dipromosikan oleh pihak Tourism Malaysia harus dimanfaatkan sepenuhnya.Pada tahun ini kerajaan Malaysia telah memperuntukkan berjuta-juta ringgit bagi mempromosikan kempen 'zoom!Malaysia' ini.

Banyak kelainan dan keunikan di Malaysia yang telah menjadikan Malaysia cemerlang dalam bidang ini.Kecemerlangan ini tidak lagi boleh disangkal dan telah menjadi kecemburuan negara lain.Kami berharap dan berdoa agar hari-hari mendatang bakal menjadikan industri perlancongan kita terus maju dan cemerlang di mata dunia.

Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang pertanian


Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang pertanian

Pertanian adalah antara sektor penjanaan ekonomi negara,Tun Abdullah Badawi meletakkan usaha untuk membangunkan industri pertanian secara besar-besaran supaya pertanian di negara ini terus maju.

Padi merupakan petanian terbesar diMalaysia dan salah satu cara untuk meningkatkan pengeluaran padi adalah dengan menggabungkan semua ladang sawah di bawah 'satu bumbung'.

Selain itu,golongan petani di seluruh negara perlu didedahkan dengan teknik penanaman yang lebih moden,berdaya saing dan mampu menghasilkan beras dalam kuantitit yang banyak pada setiap musim.Para petani wajar disokong dengan peralatan mesin dan jentera penanaman yang lebih canggih.

Disamping itu,semua agensi sama ada kerajaan persekutuan ataupun kerajaan negeri yang terlibat dalam industri pertanian,mestilah mengadakan kajian,proses pembangunan dan penyelidikan padi.Kecermelangan ini dapat berperanan sebagai mekanisme bekalan sumber makanan negara tanpa perlu bergantung pada negara luar.