Ahad, 14 April 2013

Mempromosikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pelbagai bidang

             Akhir-akhir ini, dapat kita lihat Malaysia semakin maju dalam pelbagai bidang. Dapat kita lihat, nama Malaysia telah dinaikkan terutamanya dalam bidang sukan. Laman web ini dibina bertujuan mempromosikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pelbagai bidang. Ia juga akan menyedarkan rakyat akan hakikat bahawa Malaysia semakin maju dan nama negara semakin gah di persada dunia.

             Malaysia merupakan salah sebuah negara yang menjadi pusat kecemerlangan pelbagai bidang. Ia menjadi kebanggaan negara yang selama dikategorikan sebagai negara yang tidak dikenali. Antara bidang yang menjadi kebanggaan ialah sektor pendidikan, sukan, pelancongan, perubatan dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan