Ahad, 14 April 2013

Malaysia Sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan


Malaysia Sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan

Kerajaan melaksanakan empat strategi bagi menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan serantau. Menurut bekas perdana menteri, Tun Abdullah, Pelaksanaan strategi ini dilakukan kerana kerajaan sentiasa mengiktiraf kepentingan ilmu pengetahuan serta pendidikan demi kebaikan negara serta pembangunan individu.

"Empat strategi yang akan dilaksanakan ialah pertama, polisi dan infrastuktur pendidikan mengcukupi, kedua, negara perlu mengiktiraf kepentingan untuk mengantarabangsakan sektor pendidikan. Ketiga, Malaysia perlu mengiktiraf perkembangan pembangunan teknologi terkini, dan keempat, mengekalkan standard serta kualiti perkhidmatan pendidikan."katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis perasmian Universiti Nottingham Kampus Malaysia di sini hari ini.

"Saya juga mahu lebih banyak universiti ternama dunia membuka cawangan di Malaysia bagi memastikan Malaysia mencapai status pusat kecemerlangan pendidikan serantau. Matlamat utama dalam mencapai hasrat ini adalah pada 2010 Malaysia mahu menarik lebih 100,000 orang pelajar asing belajar di negara ini," katanya.

Beliau juga meminta universiti-universiti ternama yang telah membuka cawangan di Malaysia dapat membantu meningkatkan kualiti pensyarah-pensyarah negara.

Katanya, Universiti Nottingham misalnya perlu meningkatkan jumlah pensyarah rakyat Malaysia dan dapat menhantar mereka mengajar di United Kingdom atau cawangan-cawangan lain seperti di China.

Menurut Abdullah, dengan cara itu, kualiti serta standard pensyarah rakyat Malaysia akan dapat ditingkatkan dan diterima oleh negara-negara lain.

9 ulasan: