Ahad, 14 April 2013

Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang Pengangkutan




Bas RapidKL















Pengangkutan Bas di Malaysia - Lazimnya, terdapat pelbagai syarikat bas di Malaysia. Sebagai contoh, RapidKL, Metrobus, Len Seng, Transnasional dan sebagainya. Antara syarikat bas yang terbesar dan terkemuka ialah RapidKL yang mengendalikan 179 perjalanan bas di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur. Pada tahun 2005, RapidKL membawa kira-kira 190000 penumpang sehari. Secara tuntasnya, perkhidmatan bas di Malaysia menawarkan jalan pengangkutan yang mudah didapati dan murah dengan harga yang berpatutan.

Pengangkutan Teksi di Malaysia - Pengangkutan teksi merupakan salah satu komponen yang penting dalam sistem pengangkutan Malaysia. Secara umumnya, teksi-teksi yang terdapat di negara Malaysia terdiri daripada kereta-kereta yang bermodel Proton Saga BLM 1.6, Proton Iswara,  Proton Wira, Proton Waja dan Naza Citras, dan berwarna merah dan putih. Teksi-teksi di Malaysia mengenakan bayaran ke atas penumpangnya dengan   menggunakan meter. Kadarnya bermula daripada RM3.00 dan meningkat RM0.10 setiap 150 meter. Teksi Malaysia boleh didapati dengan mudah dan mereka memainkan peranan yang tidak boleh digantikan dalam sistem pengangkutan Malaysia.
LRT - Light Rail Transit
















 Pengangkutan Kereta api di Malaysia - Secara keseluruhannya, pengangkutan kereta api yang didapati di Malaysia boleh terdiri daripada LRT (Light Rail Transit) yang boleh dibahagi kepada Kelana Jaya Line dan Ampang Line, KL Monorail, KLIA Express, KLIA Transit, dan KTM (Keretapi Tanah Melayu). KTM mempunyai rangkaian terbesar yang menyeluruh di Peninsular Malaysia yang mempunyai panjang laluan keretapi 1699 km, manakala perkhidmatan keretapi yang lain tertumpu di Bandaraya Kuala Lumpur sahaja.
Kesemua pengangkutan keretapi tersebut menawarkan perkhidmatan yang murah dan selesa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan